Iklan
Nisab Zakat
Nisab bermaksud jumlah minimum yang dikira sebagai syarat bagi harta yang wajib dikeluarkan zakat.
Nisab Emas dan Perak:
Emas sehingga jumlahnya 20 mithqal, manakala perak pula 200 dirham.
Pengertian Mithqal:
Timbangan bagi emas.
- Mithqal ‘Ajami : Satu mithqal ‘ajami menyamai 4.8 gram. 20 mithqal ‘ajami bersamaan 96 gram.
- Mithqal ‘Iraqi: Bersamaan 5 gram. 20 mithqal ‘iraqi bersamaan 100 gram.
Pengertian Dirham:
10 dirham menyamai berat 7 mithqal , iaitu 33 6/10 gram mengikut timbangan mithqal ‘ajami.
Syarat Wajib Zakat Pada Nisab Emas dan Perak :
Cukup nisab emas dan perak tidak wajib zakat, sehinggalah dimiliki genap setahun qamariyah (hijrah) tanpa kekurangan nilai sepanjang tempoh setahun.
Kadar Wajib Zakat Emas dan Perak:
Seorang mukalaf memiliki nisab emas dan perak atau lebih, selama setahun hijrah qamariyah, dia wajib mengeluarkan zakat 1/40 atau 2.5% daripada harta yang dimilikinya.