Soalan 1
Saya ada kawan yang baru keguguran.dia pening pasal masalahnifas sebab on and off dan sekarang dah lebih 38 hari dan dah mandi wajib lebih 10 kali kerana mengikuti nasihat ustazah yang menyuruhnya berbuat begitu.yakni setiap waktu solat kena check.kalau 2 hari kering kena solat dan kalau ada balik,kena berhenti semula.
Jawapan 1 Thtl
Masalah keguguran dan darah
1.kena pastikan dulu status janin dan contraction semasa keguguran.jika janin keluar belum sempurna sifat atau tiada contraction,maka ia tidak dianggap darah nifas,ia darah istihadzah.tidak perlu mandi.
Jika ia janin yang sempurna sifat manusia dan ada contraction,maka ia darah nifas,tempoh nifasnya dalam mahzab Hanbali/Syafiiy ialah 40 hari(syaikh Ibn Othaimin,Fatawa al-Mar’ah)
Soalan2
Bolehkah puasa qada digabungkan dengan puasa sunat?
Jawapan 2Thtl
Gabung puasa sunat dan Qadha
ada 2 kes
i:Puasa 6 syawal tidak boleh digabungkan dengan puasa qadha.
dalil:
“Siapa yang puasa ramadhan kemudian dia ikuti dengandengan 6 hari puasa syawal,maka seperti puasa setahun”( HR Muslim 1164)kata syaikh Othaimin,ia jelas tidak sebut qadha.
ii:puasa qadha boleh digabungkandengan puasa sunat yang lain.contoh:puasa arafah dan qadha
kata syaikh Othaimin,”orang yang melakukan puasa hari arafah atau puasa hari asyura dan dia punya tanggungan qadha ramadhan ,maka puasanya sah.