Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Cara Mengeluarkan Zakat 1

Cara Mengeluarkan Zakat 1

123
0
Iklan

Mengeluarkan zakat

Tidak Bertangguh daripada Waktu Wajibnya:

Suatu harta yang cukup nisabnya atau lebih dan genap setahun, zakat wajib dikeluarkan.

  1. Pemilik mampu mengeluarkan zakat iaitu harta ada bersamanya, jika tiada bersama atau ada ditempat lain atau hutang kepadanya, zakat tersebut tidak wajib disegerakan kecuali dia memiliki wang sebanyak kadar puitangnya.
  2. Gotongan berhak menerima zakat, atau pihak yang berkuasa ditugaskan mengutipnya.

 

Kesan Menangguhkan Zakat:

  1. Berdosa : dianggap menahan hak mereka yang memerlukan harta tersebut tanpa sebab yang dapat dielakkan.
  2. Menjadi Tanggungan : hak menerima zakat yang ada dalam harta berkenaan akan menjadi beban kepada pemiliknya, kerana kecuaian melengah-lengahkan pemberian zakat.

 

Wakil Menangguhkan Pembahagian Zakat:

  • Orang yang diwakilkan untuk membahagiakan zakat tidak harus melengah-lengahkannya zakat yang diberikan kepadanya.
  • Pengurus badan kebajikan hendaklah mengetahui perbuatan menyimpan harta kutipan zakat sebagai modal pusingan bagi tabung badan tersebut.

 

Zakat yang Dikeluarkan Sebelum Wajib Zakat:

  1. Mengeluarkan zakat sebelum cukup nisabnya, ia tidak dikira dan tidak dianggap sebagai zakat. Apabila hartanya mencukupi nisab dan genap setahun dia wajib mengeluarkan zakat tanpa mengira harta yang telah dikeluarkan sebelum ni.
  2. Zakat dikeluarkan cukup nisab tapi tidak genap setahun, ia tetap dikira sebagai zakat. Ia tidak perlu mengeluarkan zakat apabila tempoh nisabnya cukup setahun nanti.

 

Syarat Sah Zakat Sebekun Waktu Wajib:

  1. Sekirannya pemilik harta itu mati, sebelum cukup tempoh setahun, maka harta yang dikeluarkan sebelum waktu wajib itu tidak dikira sebagai zakat. Pewaris boleh menuntut harta zakat sekirannya penerima mengetahui harta tersebut ialah zakat sebelum wajib zakat.
  2. Harta kekal sehingga tempoh setahun, harta itu rosak atau dijual dan bukan untuk diniagakan, maka apa yang dikekuarkan sebelum wajib itu tidak dikira sebagai zakat.
  3. Penerima harta zakat sebelum waktu wajib zakat berhak menerima sehinga akhir tempoh setahun. Sekiranya menjadi kaya atau murtad, dikeluarkan sebelum waktu itu tidak dikira sebagai zakat.

 

Bersambung ke bahagian 2

Komen dan Soalan