Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Kelas 2 : Sahih Bukhari

Kelas 2 : Sahih Bukhari

200
0
Iklan

Assalamualaikum semua.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلوة والسلام على رسوله الكريم, رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي, اما بعد

hadis bukhari 3 ;

صحيح البخاري ٣: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ

أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ فَكَانَ لَا يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الْخَلَاءُ وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا حَتَّى جَاءَهُ الْحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ الْمَلَكُ فَقَالَ اقْرَأْ قَالَ مَا أَنَا بِقَارِئٍ قَالَ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ قُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي

فَقَالَ

{ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ }

فَرَجَعَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُفُ فُؤَادُهُ فَدَخَلَ عَلَى خَدِيجَةَ بِنْتِ خُوَيْلِدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَقَالَ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ فَقَالَ لِخَدِيجَةَ وَأَخْبَرَهَا الْخَبَرَ لَقَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي فَقَالَتْ خَدِيجَةُ كَلَّا وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ فَانْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى ابْنَ عَمِّ خَدِيجَةَ وَكَانَ امْرَأً قَدْ تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ يَكْتُبُ الْكِتَابَ الْعِبْرَانِيَّ فَيَكْتُبُ مِنْ الْإِنْجِيلِ بِالْعِبْرَانِيَّةِ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكْتُبَ وَكَانَ شَيْخًا كَبِيرًا قَدْ عَمِيَ فَقَالَتْ لَهُ خَدِيجَةُ يَا ابْنَ عَمِّ اسْمَعْ مِنْ ابْنِ أَخِيكَ فَقَالَ لَهُ وَرَقَةُ يَا ابْنَ أَخِي مَاذَا تَرَى فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَبَرَ مَا رَأَى فَقَالَ لَهُ وَرَقَةُ هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي نَزَّلَ اللَّهُ عَلَى مُوسَى يَا لَيْتَنِي فِيهَا جَذَعًا لَيْتَنِي أَكُونُ حَيًّا إِذْ يُخْرِجُكَ قَوْمُكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَمُخْرِجِيَّ هُمْ قَالَ نَعَمْ لَمْ يَأْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ مَا جِئْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ وَإِنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ أَنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُوُفِّيَ وَفَتَرَ الْوَحْيُ

قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَأَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيَّ قَالَ وَهُوَ يُحَدِّثُ عَنْ فَتْرَةِ الْوَحْيِ فَقَالَ فِي حَدِيثِهِ بَيْنَا أَنَا أَمْشِي إِذْ سَمِعْتُ صَوْتًا مِنْ السَّمَاءِ فَرَفَعْتُ بَصَرِي فَإِذَا الْمَلَكُ الَّذِي جَاءَنِي بِحِرَاءٍ جَالِسٌ عَلَى كُرْسِيٍّ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَرُعِبْتُ مِنْهُ فَرَجَعْتُ فَقُلْتُ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ إِلَى قَوْلِهِ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ } فَحَمِيَ الْوَحْيُ وَتَتَابَعَ تَابَعَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ وَأَبُو صَالِحٍ وَتَابَعَهُ هِلَالُ بْنُ رَدَّادٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ بَوَادِرُهُ

Shahih Bukhari 3: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, Telah menceritakan kepada kami dari Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah bin Az Zubair dari Aisyah -Ibu Kaum Mu’minin-, bahwasanya dia berkata: “Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah dengan mimpi yang benar ketika dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih gua Hira dan ber -tahannuts iaitu ber ‘ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya bagi mempersiapkan bekal untuk hal itu. Kemudian Beliau menemui Khadijah mempersiapkan bekal seperti malam kebiasaannya.

Sampai akhirnya datang “al haqq” (wahyu) ketika Beliau di gua Hira, Malaikat datang,lalu berkata: “Bacalah?” Beliau menjawab: “Aku tidak mampu baca”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku dengan sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!” Beliau menjawab: “Aku tidak mampu baca”. Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku dengansangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!”. Beliau menjawab: “Aku tidak mampu baca”. Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah. Beliau menemui Khadijah binti Khuwailid,lalu berkata: “Selimutlah aku, selimutlah aku!”. Beliau pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: “Aku benar-benar sangat khuatir akan diriku”. Maka Khadijah berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, kerana kamu adalah seorang yang menyambung silaturrahim. Dan kamu suka menanggung/membantu orang susah. Dan kamu selalu beruntung dalam perkerjaan yang tidak mampu di raih oleh orang lain. Dan kamu suka memuliakan tetamu (dengan menjamu mereka). dan kamu cepat menegakkan perkara yg benar “

ralat

dan kamu suka cepat menegakkan perkara yg benar “

yg benar : kamu suka membantu ketika bencana berlaku secara haqq”

sambung

Khadijah kemudian mengajak Beliau untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, anak bapa saudara Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah, dia juga menulis buku dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta. Khadijah berkata: “Wahai anak bapa saudaraku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh anak saudaramu ini”. Waroqoh berkata: “Wahai anak saudaraku, apa yang sudah kamu alami”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan kepadanya peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: “Ini adalah Namus, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti akan diusir oleh kaummu”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah aku akan diusir mereka?” Waroqoh menjawab: “Ya. Kerana tidak ada seorang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan disakiti (dimusuhi). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sedaya upayaku”. Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut kerana lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

(dengan sanad seperti di atas) Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari berkata tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ceritakan: “Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: “Selimuti aku. Selimuti aku”. Maka Allah Ta’ala menurunkan wahyu: “Wahai orang yang berselimut” sampai firman Allah “dan perbuatan dosa (syirik) tinggalkanlah”. Sejak saat itu wahyu terus turun dengan banyak.” Hadits ini juga di Mutaabi` kepada Yahya bin Bukair oleh Abdullah bin Yusuf dan Abu Shalih Hilal bin Raddad dari Az Zuhri. Dan Yunus dan Ma’mar berkata ( perkataan فُؤَادُهُ ); (di ganti dengan) بَوَادِرُهُ iaitu belakang belikat antara bahu dan batang leher.

PENJELASAN

  • Lafaz الصَّالِحَةُ bermaksud, yang benar. Perkataan sama di guna juga untuk orang yang beramal Soleh. Iaitu amal yang benar dari sumber wahyu Allah.
  • Lafaz فَلَقِ الصُّبْحِ bermaksud, cahaya fajar subuh. Di guna juga perkataan ini bagi perkara yang jelas nyata. Iaitu mimpi yang jelas nyata lagi benar, bukan seperti mimpi mainan syaitan.
  • Lafaz يَرْجُفُ فُؤَادُهُ bermaksud resah gelisah hatinya.
  • Lafaz الرَّوْعُ bermaksud takut gerun gementar.
  • Lafaz فيتحنث bermaksud melakukan perkara ibadah atau doa atau berfikir.dan sebahagian ulama menafsirkan dengan فيتحنف iaitu huruf ث asalnya di tukar dari huruf ف.maka ia bermaksud mengikut agama hanifiah (millah ibrahim) pendapat ini seperti di nukil oleh assayuthi. atau pun dengan maksud menjauhkan diri dari dosa. maka sila ambil perhatian!
  • Lafaz وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ bermaksud kamu membantu perkara yang orang lain tidak mampu membantu melainkan kamu atau kamu beruntung mendapat perkara yang tidak mampu di raih oleh orang lain.
  • Lafaz النَّامُوسُ asalnya bermakna teman rahsia tapi di sini bermaksud malaikat Jibril AS.

faedah dari hadis

Pelbagai keadaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menerima wahyu. Pertama kali wahyu disampaikan melalui mimpi yang jelas lagi benarnya mimpi itu seakan cahaya subuh. Ini dalil wahyu mimpi bukan jenis mimpi biasa. Bahkan suatu mimpi yang jelas dan benar tafsirannya. Ini juga dalil mimpi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah berupa wahyu. Mimpi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tiada berbentuk mimpi berupa mimpi sia-sia. Manakala manusia selain Para Anbiya` tidak boleh di buat hujjah akan dakwaan mimpinya semata-mata. Bahkan perlu penelitian dengan sokongan dalil wahyu Allah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkhalwat ke gua Hira atas perintah wahyu Allah yang khusus buat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Bukannya rekaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beribadat di gua Hira. Tiada khabar shahih mengatakan ibadah apa yang dilakukannya. maka boleh jadi melakukan ibadah yang sesuai ibadah Nabi Ibrahim atau berfikir untuk mencari kebenaran atau Allah sudah wahyukan perkara apa yang Beliau perlu buat ketika di sana.

Wahyu berbentuk Al Quran mula-mula diturunkan ialah اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ

Keadaan wahyu yang mula-mula di turun ialah wahyu dari mimpi. Dan ini sesuai dengan tarjamatul bab oleh Al Bukhari.

Kemulian dan kelebihan Khadijah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. sebagai tunjang utama usaha dakwah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Berita penting tentang islam nya Waraqah bin Naufal. Dia termasuk di kalangan orang yang mula-mula beriman dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kekuatan keimanannya terserlah dengan ucapan beliau sanggup berjuang sedaya upaya menolong Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Lafaz تَابَعَهُ bermaksud dia mutaabi` Yahya bin Bukair ; iaitu perawi lain turuti riwayat Yahya bin Bukair dalam meriwayat hadis ini.

tamat.

hadis bukhari 4

صحيح البخاري ٤: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى { لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ } قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَالِجُ مِنْ التَّنْزِيلِ شِدَّةً وَكَانَ مِمَّا يُحَرِّكُ شَفَتَيْهِ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا وَقَالَ سَعِيدٌ أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا فَحَرَّكَ شَفَتَيْهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ } قَالَ جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ { فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ } قَالَ فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ { ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ }

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ اسْتَمَعَ فَإِذَا انْطَلَقَ جِبْرِيلُ قَرَأَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَرَأَهُ

Shahih Bukhari 4: Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il dia berkata, Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah berkata, bahwa Telah menceritakan kepada kami Musa bin Abu Aisyah berkata, Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas tentang firman Allah Ta’ala:

“Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat ingin (menguasainya).” Berkata Ibnu ‘Abbas: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sangat kuat keinginannya untuk dapat menghafalkan apa yang diturunkan (Al Qur’an) dan menggerak-gerakkan kedua bibir Beliau.” Berkata Ibnu ‘Abbas: “aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membacakannya) kepada kalian sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya kepadaku”. Berkata Sa’id: “Dan aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membacakannya) kepada kalian sebagaimana aku melihat Ibnu ‘Abbas melakukannya. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menggerakkan kedua bibirnya,

Kemudian turunlah firman Allah Ta’ala:

“Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai) nya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya”. Dia berkata: maksudnya, Allah mengumpulkannya di dalam dadamu (untuk dihafalkan) lalu kemudian kamu membacanya.

“Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu”. Dia berkata: maksudnya,”Dengar telitilah dan diamlah (ketika mendengar bacaan Al Quran)”.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman: “Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya”. Maksudnya: “Dan Kewajiban Kamilah untuk membacakannya”

datang kepadanya, Beliau teliti mendengar. Dan bila Jibril ‘Alaihis Salam sudah beredar, kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membacakannya (kepada para sahabat) sebagaimana Jibril ‘Alaihis Salam membacakannya kepada Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam

tamat terjemah hadis.

ralat.

Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sejak saat itu bila Jibril ‘Alaihis Salam datang kepadanya, Beliau teliti mendengar. Dan bila Jibril ‘Alaihis Salam sudah beredar, kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membacakannya (kepada para sahabat) sebagaimana Jibril ‘Alaihis Salam membacakannya kepada Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam

tamat hadis.

PENJELASAN

lafaz يُعَالِجُ dari segi bahasa bermaksud dapat suatu perkara melalui di pegang dengan tangan atau mana saja anggota secara bersentuhan.mengikut istilah di sini pula “mendapat sesuatu dengan kepayahan”

Kuatnya kesungguhan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendalami ilmu wahyu. Hinggakan beliau cepat-cepat menggerakkan bibirnya kerana khuatir terlupa. Ini lah contoh kesungguhan Nabi mendapat ilmu agar dapat di sampaikan kepada kita semua.

Keutaman mendengar teliti,membaca dan menghafal Al Quran. ini lah kaedah pengajian Nabi. Dalil perlu disampaikan ilmu wahyu kepada manusia agar memahami maksud Allah mencipta manusia. Keutamaan belajar melalui guru secara bertalaqqi. Kelebihan bertalaqqi lagi antaranya guru dapat secara langsung menegur kesalahan pelajar dll. Kaedah belajar berguru mesti dengar dahulu kemudian baru baca. Kaedah mengingati ilmu ialah dengan di lafaz nada sebutannya. Bukan hanya hafal melalui ingatan hati tanpa dilafazkanya dengan lidah.

tamat hadis..

Komen dan Soalan