Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Kelas 1 : Aqidah Salaf

Kelas 1 : Aqidah Salaf

354
4
Iklan

Aqidah Salaf

 

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، نشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kebirukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

 

قال الله تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ) [آل عمران : 102]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

قال الله جل وعلا : (ِيَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا الله الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ الله كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)[ النساء : 1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

 

قال جل ثنائه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا الله وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ الله وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا) [ الأحزاب : 70-71]

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

 

أما بعد

فإن خير الحديث كتاب الله جل وعلا، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-diakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.

وبعد

 

Pegangan Ahlus Sunnah

Buku yang akan dibincangkan adalah Pegangangan Ahlus Sunnah (اعتقاد أهل السنة) karangan al-Hafiz Abi Bakr al-Isma’iliy rahimahullah.

Beliau ialah al-Imam, al-Hafiz, al-Hujjah, al-Faqih, Syaikh al-Islam, Abu Bakr Ahmad bin Ibraheem bin Isma’il bin al-‘Abbas, al-Jirjani al-Isma’iliy, asy-Syafi’ie, pemilik (as-Sohih) المستخرج على صحيح البخاري, Syaikh asy-Syafi’iyyah.

Dilahirkan pada tahun 277. Meninggal pada tahun 371. Saat Syaikh Abu Bakr al-Isma’iliy meninggal, beliau berumur 94 tahun.

(Siyar A’lam an-Nubala’ Imam az-Zahabi rah)

 

Aqidah rahimahullah :

al-Hafiz Abu Bakr al-Isma’iliy Salafiy al-i’tiqad, berpegang teguh diatas jalan Ahli Hadis dan Ahli Athar. Kenapa mesti berpegang kepada Aqidah Salaf? Aqidah Salaf adalah aqidah yang diajarkan oleh Nabi kita.

 

قال الله تعالى : (وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ الله عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) [التوبة : 100]

Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami radhiallahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bertanya kepada seorang hamba wanita (جارية) :

Di mana Allah? Kata Jariah : Di Langit. Siapa aku? Kata Jariah : Engkau Rasulullah. Sabda Baginda : Bebaskanlah dia sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman.

Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim. No 1199

Pada mulanya ana masuk geng Qasidah. Menjadi second singer dalam geng tu. Dalam masa yang sama ana belajar Kitab soal jawab dengan Syaikh Aslam (Ahbash). Kemudian, pada kelas ke 5 @ 6 Syaikh menyebut Ibn Qayyim Mujassimah. Ana jadi tidak senang duduk. Bermula dari itulah datanglah persoalan dalam fikiran. Betul ke Ibn Qayyim mujassimah?

Ana bertanya kepada beberapa orang senior mengenai ini dan mereka menafikan. Selepas diterangkan, ana mula beralih dan meninggal geng tersebut.

 

Kita mulakan point didalam kitab.

1.Menetapan beriman kepada Allah, dan Malaikat-Nya، Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.

2.Membenarkan apa yang dikatakan di dalam al-Quran, dan apa yang sohih pada yang meriwayatkan dari Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).

3.Mempercayai/beriktiqad bahawa Allah (تعالى) dipanggil dengan Nama2-Nya yang Baik2 (الحسنى)

قال الله عز وجل : ( وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ )[الأعراف : 180]

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.

Yang disifatkan kepada-Nya dengan sifat-sifat yang Dia sendiri namakan dan sifatkan kepada-Nya sendiri dan disifatkan kepada-Nya oleh Nabi-Nya (صلى الله عليه وسلم). Aqidah Salaf dia menetapkan tanpa takwil dalam bab ini. Sifat-sifat Allah seperti Turun, Wajah, Tangan, Istiwa’ dll

4.Diciptakan Adam (عليه السلام) dengan tangan-Nya.

قال الله عز وجل : (قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ)[ص : 75]

Allah berfirman: ” Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? ”

Tangan itu tangan. kita tetapkan tanpa takwil. Bagaimana Allah ciptakan Nabi Adam? Dengan cara Allah. Tanpa perlu kita membagaimanakan

5.Kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Tanpa perlu membagaimanakan. Tnpa perlu memikirkan cara. Serah kepada Dia.

قال الله عز وجل : (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ)[المائدة : 63]

Bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki.

6.Sesungguhnya Allah beristiwa’ diatas Arasy tanpa membagaimanakan istiwa’ Allah itu.

قال الله عز وجل :(الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ)[طه : 5]

(Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

قال الله عز وجل :(هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ)[البقرة : 29]

Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

7.Sesungguhnya Dialah pemilik makhluk-Nya, dan menjadikan makhluk2 bukan bererti Dia berhajat kepada apa yang diciptaan-Nya, bukan bermakna Dia menyeru kepada ciptaan-Nya, akan tetapi Dia menjadikan sepertimana yang Dia kehendaki. Dan memerintahkan apa yang Dia kehendaki,

قال الله عز وجل :(لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلَُ)[الأنبياء : 23]

Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan.

Dan makhluknya, mereka akan ditanya dari apa yang telah mereka lakukan.

قال الله عز وجل :(لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ)[الأنبياء : 23]

Dan makhluknya, mereka akan ditanya dari apa yang telah mereka lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

8.Sesungguhnya Dia diseru dengan Nama-namaNya yang baik (الحسنى), disifatkan kepada-Nya dengan sifat-sifat yang Dia sendiri namakan dan sifatkan kepada-Nya sendiri dan dinamakan kepada-Nya dan disifatkan kepada-Nya oleh Nabi-Nya (صلى الله عليه وسلم).lebih kurang yang diatas.

9.Tidak ada sesuatupun yang di bumi mahupun di langit yang boleh melemahkan Allah.

قال الله عز وجل :(وَمَا كَانَ الله لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ)[فاطر : 44]

Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit mahupun dibumi

10.Tidak menyifatkan kepada Allah dengan apa pada sifat itu terdapat kekurangan atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya Allah bersifat sempurna.

11.Diciptakan Adam (عليه السلام) dengan tangan-Nya. Tanpa membagaimanakan. Seperti yang telah di terangkan diatas.

12.Lebih kurang yang di nombor 2 dan 5.

Cukup setakat ini dahulu. Wallahu Ta’ala A’lam.

 

4 KOMEN

  1. Ustaz, dalam salah satu kelas aqeedah ustaz abdullah yasin, beliau ada share kata2 imam malik berkenaan perkara 4 hingga 6 di atas. Antara yang saya ingat, perbuatan معلوم، kaifiat مجهول، bertanya ttg nya bida’ah. Mohon ustaz share kata2 tersebut jika tahu dan mohon dibetulkan jika saya salah.

    • قال الإمام مالك رحمه الله : الإستواء معلوم والكيف مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة

      Berkata Imam Malik : Istiwa’ Allah diatas Arasy itu sedia maklum, cara istiwa’ itu kita tidak mengetahui, beriman dengannya wajib, bertanya mengenainya adalah bid’ah.

Komen dan Soalan