Utama Bilik Seminar Mingguan Wacana Siri 2 : Generasi Rabbānīy. Kenyataan dan Harapan

Wacana Siri 2 : Generasi Rabbānīy. Kenyataan dan Harapan

385
6
Iklan

Tajuk perbicangan kita pada hari ini: “Generasi Rabbānīy: Kenyataan dan Harapan”

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلر آله وصحبه ومن والاه اللهم انفعنا بما علمتنا, وعلمنا ما ينفعنا وزدنا علما, اللهم آمين

 

Allah – Jalla wa ‘Ala – memerintah setiap Muslim menjadi golongan rabbānīy. Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya kaum Muslimin membina diri menjadi golongan rabbānīy. [3:79]. Golongan Rabbānīy adalah golongan yang terus belajar dan mengajar al-Qur’an serta mengamalkannya dalam kehidupan. Apakah kenyataan yang ada di hadapan kita? [25:30]. Kaum Muslimin tidak mempedulikannya. Kalaupun mereka membaca, tetapi tidak memahaminya. [62:5]. Kaum Muslimin tidak memahami kitab Tuhannya. Ini suatu fitnah yang cukup besar.

 

Cuba lihat kata Ibn Mas’ud:

كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَبِسَتْكُمْ فِتْنَةٌ

Bagaimana keadaan kamu apabila kamu diselubungi fitnah

يَهْرَمُ فِيهَا الْكَبِيرُ

golongan dewasa tua dalam keadaan sedemikian

وَيَرْبُو فِيهَا الصَّغِيرُ

golongan kanak-kanak membesar dalam keadaan sedemikian

وَيَتَّخِذُهَا النَّاسُ سُنَّةً

Orang ramai menganggapnya sebagai sunnah

فَإِذَا غُيِّرَتْ، قَالُوا: غُيِّرَتِ السُّنَّةُ؟

Apabila hendak diubah sahaja, mereka berkata: “Telah diubah sunnah.”

 

Ditanya kepada Ibn Mas‘ūd:

مَتَى ذَلِكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟

Bila akan berlaku yang demikian itu wahai Abu ‘Abd al-Rahman?

 

Jawab beliau:

إِذَا ذَهَبَتْ عُلَمَاؤُكُم

Apabila hilang lenyapnya para ulama’ kamu.

وَكَثُرَتْ جُهَلَاؤُكُمْ

Ramainya orang-orang yang jahil di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ قُرَّاؤُكُمْ

Ramainya orang yang hanya pandai membaca di kalangan kamu.

وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ

Sedikitnya orang yang mendalam pengetahuannya di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ

Ramainya para pemimpin kamu.

وَقَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ

Sedikit golongan yang amanah di kalangan kamu

وَتُفُقِّهَ لِغَيْرِ الدِّينِ

Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama

وَالْتُمِسَتْ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ

Dicari dunia dengan amalan akhirat.

 

 

Maksud ‘Sedikit golongan yang amanah dikalangan kamu’

Ditujukan kpd kita semua. Kita diamanahkan utk berpegang teguh dengan al-Qur’an, tetapi tidak menjaga amanah ini dengan baik kerana tidak memahami [2:121] dan tidak berusaha menyebarkannya. [16:125]

 

Maksud ‘Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama’

Tafaqquh li ghayr al-din. [30:7]

 

Maksud ‘Dicari dunia dengan amalan akhirat’

Al-Qur’an itu dibaca hanya untuk keperluan dunia. Ketika hendak mula dan tutup siaran TV. Bila kematian dan hendak kahwin. Sedangkan al-Qur’an untuk memberi peringatan kepada org yang hidup. [36:70]

 

Perlunya golongan rabbānīy

Kewujudan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah [2:30] dengan tujuan penciptaan-Nya supaya mereka semua tunduk mengabdikan diri hanya kepada-Nya. [51:56]

Daripada Ibrāhīm bin ‘Abd al-Raḥmān al-‘Udhrīy, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلْفٍ عُدُولُهُ

Ilmu ini akan didokong oleh orang yang adil dari setiap generasi.

يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ

Mereka berusaha membasmi penyelewengan golongan pelampau

وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ

tokok tambah golongan sesat

وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ.

dan takwilan songsang golongan jahil.

Itulah peranan ahli ilmu. Peranan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya jika ia tidak menepati ciri-ciri rabbaniy.

 

Al-Quran sebagai rujukan

Rujukan utama golongan rabbaniy ialah al-Qur’an. [29:51]. Apabila al-Qur’an yang dirujuk, ia terpimpin kepada sesuatu yang benar dan adil [6:115]. Manakala al-Sunnah adalah sebagai penerang [33:21]

Rujukan golongan rabbaniy ialah al-Qur’an sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dan ditunjukkan jalannya oleh baginda.

Daripada Malik, katanya: Sampai berita kepadannya bahawa Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.

لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا:

Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya:

كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

KitabulLah dan Sunnah Nabi-Nya.

Golongan rabbānīy adalah golongan istimewa di antara para ‘ulamā’. Mereka adalah golongan yang belajar, mempraktikkan apa yang dipelajari dan mengajar orang lain.

 

Usaha bersungguh mereka ialah:

  1. Belajar ilmu bermanfaat demi mencari keredhaan Allah (تعلّموا)
  2. Berusaha mempraktikkan ilmu yang dipelajari (عملوا)
  3. Mengajar orang lain. (علّموا)

 

Bagaimana situasi di zaman sahabat dahulu?

Kata Ibn Mas‘ud:

إِنَّكَ فِي زَمَانٍ

Sesungguhnya engkau(para sahabat) berada pada zaman

قَلِيلٌ قُرَّاؤُهُ

Sedikit orang yang membaca tidak faham

كَثِيرٌ فُقَهَاؤُهُ

Ramai orang yang mendalam pengetahuannya

يحْفَظُ فِيهِ حُدُودُ الْقُرْآنِ

Dipelihara di dalamnya hukum al-Qur’an

وَيضَيَّعُ حُرُوفُهُ

Tidak diberatkan kepada menghafaz huruf-hurufnya

قَلِيلٌ مَنْ يَسْأَلُ

Sedikit yang meminta

كَثِيرٌ مَنْ يُعْطِي

Ramai yang menyumbang

يُطِيلُونَ فِيهِ الصَّلاَةَ

Mereka memanjangkan salat

وَيَقْصُرُونَ فيه الْخُطْبَةَ

Mereka meringkaskan khutbah

يُبَدُّونَ فيه أَعْمَالَهُمْ قَبْلَ أَهْوَائِهِمْ

Mereka mendahulukan kewajipan mereka bukan kepentingan mereka

Cuba bezakan zaman kita dengan generasi rabbaniy zaman sahabat? Pikirkanlah

 

Sekarang apa pula yang patut kita beri perhatian?

Kalau kita kekal sebagai kelompok yang ditimpa fitnah, maka serupalah kita dengan [2:8]. Berdiri salat dengan malas. [4:142] [4:143]

 

Apakah maksud berdiri salat dengan malas?

Dalilnya. Salat yang sempurna mesti bermula dengan kefahaman al-Qur’an. Kalau orang itu rajin salat, tetapi tidak pedulikan al-Qur’an bukankah ia tergolong dalam kelompok yang malas, iaitu mendirikannya tanpa persediaan. [29:45]. Kita wajib memahami al-Qur’an kerana ia termasuk sebahagian daripada salat. Maka bacalah mana-mana yang mudah dari al-Qur’an; dan dirikanlah salat [73:20].

Para sahabat dahulu bila beroleh kesimpulan dari sesuatu ayat, ia terus bertindak dan tidak melengah-lengahkannya.

 

Apakah TINDAKAN yang patut diambil?

Marilah kita susun pelan tindakan ini dengan teratur.

1. Bertawbat [4:146]

Terjemahan saya: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki diri (dgn belajar membaca al-Qur’an dan memahaminya), berpegang teguh kepada tali Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

2. Kuatkan keimanan [8:2]

3. Berhijrah [9:20]

4. Mengajar [2:160]

5. Berkorban harta benda dan jiwa raga fi sabililLah demi menolong agama Allah [47:7]

6. Berdoa mohon tetap istiqamah [3:8]

Semoga apa yang saya sampaikan ini berguna buat diri saya dan ahli-ahli dalam Bilik (110) Seminar Mingguan ini dapat disebarluaskan kepada ahli keluarga masing-masing. [66:6]

 

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا، وجلاء همنا وغمنا، ونور أبصارنا، اللهم اجعل القرآن شفيعاً لنا يوم أن نلقاك، اللهم اجعلنا من أهل القرآن، اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

 

Ustaz Baharuddin Ayudin

 

6 KOMEN

Komen dan Soalan