Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Kelas 1 : Sahih Bukhari

Kelas 1 : Sahih Bukhari

659
0
Iklan

Assalamualaikum Warahmatullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسول الله الكريم, و بعد

Mula2 jgn lupa panjatkan doa supaya Allah mudahkan urusan belajar. rabbi yassir wala tuassir wa tammim bilkhair

رب اشرح لي صدري و يسر لي امري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

رب زدني علما

Ini antara doa mula-mula yg biasa maulana-maulana di pakistan baca masa mula start kitab. Doa masing-masing kena baca dengan disebut..sebab makna doa adalah minta dengan menyebut apa yang kita nak doakan.

Sebelum mula kitab hadis besar ni..elok la tahu sedikit tentang sanad..sbb belajar hadis mesti bersanad. Jika tak sesiapa pun boleh kata dari Nabi SAW. Kelas ni sbb terhad begini ana ajar seringkas mungkin..agar mudah faham dan sampai maksud.

Ana belajar hadis bukhari pada tahun 2005 di jamia binori town karachi..belajar kitab bukhari dgn dua guru..

Kitab bukhari kami belajar ada 2 jilid..

Jilid pertama ana belajar dgn Dr Abdur Razzaq Al Iskandari. Jilid 2 dgn mufti Maulana Muhammad Anuar Al Badakhsyani. Pada tahun ni syeikhul hadis adalah Dr Abdur Razzaq. Mufti Muhammad Anuar pula ketua pengajar kelas takhassus hadis di jamia binoritown.

Sanad ana ada 3 bahagian.

  1. Ana hingga ke syah waliyullah addehlawi
  2. Syah waliyullah hingga albukhari.
  3. Albukhari hingga Nabi SAW..

Bahagian 2 dan 3 sudah ada catit di dalam kitab2 sekarang..manakala sanad ana hingga Syah Waliyullah:

صحيح البخاري 2

مفتي مولنا محمد انور عن مصباح الله عن عبد الرحمن كاملبوري عن خليل احمد عن عبد الغني دهلوي عن شاه ابو سعيد المجددي و شاه محمد اسحاق الدهلوي عن شاه ولي الله الدهلوي الخ

ح عن البنوري عن الكشميري عن محمود حسن عن عبد الغني دهلوي عن شاه ابو سعيد المجددي و شاه محمد اسحاق الدهلوي عن شاه ولي الله الدهلوي الخ

ح عن بديع الزمان عن البنوري الخ

ح عن ولي حسن عن حسين احمد عن محمود حسن عن عبد الغني دهلوي

ح عن عبد الفتاح ابو غده عن زاهد كوثري عن زين العابدين عن احمد شاكر عن الحافظ محمد غالب عن سليمان الكريدي عن ابراهيم الاسبيري عن علي الفكري عن محمد اسماعيل القونوي عن عبد الكريم القونوي عن محمد الازهري عن محمد البابلي عن احمد الخفاجي عن الحسن الكرخي عن السيوطي الخ

ح عن محمد زكريا كاندهلوي عن محمد يحيا كاندهلوي عن رشيد احمد كانكوهي عن عبد الغني

صحيح البخاري 1

د عبد الرزاق عن البنوري الخ

ح عن عبد الحق نافع كل عن البنوري ح عن محمود حسن عن عبد الغني دهلوي

Takdan nak terjemahkan..cukup di sini sahaja hal sanad ana. Jadi kena baca sendiri yg arab di atas tu.

Panduan membaca hadis bersanad mengikut kaedah cara pengajian ilmu hadis dari Syeikh Syah Waliyullah Dehlawi iaitu dgn menyebut sebelum baca sanad bukhari dgn:

و بالسند المتصل مني الى الامام البخاري قال

dan dgn sanad2 yg bersambung dgn ku hingga kepada imam albukhari, dia (albukhari) berkata…atau di ringkaskan dgn ;

و به قال…..

Ini kaedah cara pengajian hadis bersanad di pakistan..dan hadis boleh di baca oleh guru sambil di dengari oleh pelajar2 atau pelajar baca hadis sambil di dengari oleh guru beserta pelajar2 lain. Jika guru baca biasa di sebut pada text sanad dgn haddasana/haddasani..manakala jika pelajar baca di sebut akhbarana/akhbarani..

maka setiap kali baca hadis mesti sebut wa bihi qala..

contoh:

و به قال حدثنا فلان قال حدثني فلان قال أخبرنا فلان قال أخبرني فلان

wa bihi qala haddasana fulan qala haddasani fulan qala akhbarana fulan qala akhbarani fulan.

kitab2 rujukan ana:

  1. Sohih Albukhari edisi cetakan pakistan dgn hasyiah dari Syeikh Almuhaddis Ahmad Ali Assaharanpuri dan hasyiah imam Abi Alhasan Assindhi dan huraian lughah dan asma’ arrijal oleh maulana2 pakistan. dan terjematul bab oleh Syeikh Syah Waliyullah Addehlawi..
  2. Fathul Bari oleh Ibn Hajar
  3. Umdatul Qari oleh Al Aini
  4. Irsyadus Sari oleh Alqastolani
  5. Al Kawaakibud Darari oleh Alkarmani
  6. dan lain2

Sila ambil perhatian kitab2 syarah yg ana rujuk itu.sbb biasanya kitab2 tu rujukan bagi kebanyakan ulama yg mensyarah hadis albukhari.

Habis di situ.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

بَاب بَدْءُ الْوَحْيِ

BAB PERMULAAN WAHYU

الشَّيْخُ الْإِمَامُ الْحَافِظُ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُغِيرَةِ الْبُخَارِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى آمِينَ

Berkata Asy Syeikh Al Imam Al Hafiz Abu Abdillah Muhammad Bin Isma`il Bin Ibrahim bin Al Mughirah Al Bukhari –rahimahullahu ta`ala aamiin- ;

PENERANGAN

Imam albukhari menamakan kitabnya aljami’ almusnad assohih almukhtasor min umuuri rasulillah sollahu alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyaamihi. Al jami’ yg mengumpun segala bab2 dlm bab feqah tafsir adab dll. musnad maksudnya hadis marfu’ sohih serta secara mukhtasor ringkas. Dari seluruh keadaan kehidupan Nabi SAW, sunnah2 nya dan hari2 penting bersama beliau SAW.

Penerangan bismillah:

Imam albukhari berselisih dgn kebanyakan ulama2 kerana hanya sebut bismillah dan tidak menyebut alhamdulillah. Secara ringkasnya beliau mengarang kitab ini seolah hantar surat kepada kita semua. Oleh itu beliau ikut cara Nabi SAW yg hanya sebut bismillah..dan cara beliau ini di amal juga oleh ulama2 hadis lain seperti imam malik dll. bagi mengukuh pendapatnya dia ada selitkan beberap hadis nanti tentang hadis surat Nabi SAW kepada raja heraql.

Jawapan kedua seolah2 imam albukhari anggap hadis tentang alhamdulillah di awal bicara seolah tidak ikut syarat2 sah hadis mengikut beliau. walau bagaimana pun di fahami menyebut alhamdulillah khususiat dlm bab bercakap dgn lidah bukan penulisan.

Wallahu a’lam

قَالَ الشَّيْخُ الْإِمَامُ الْحَافِظُ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُغِيرَةِ الْبُخَارِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى آمِينَ

Berkata Asy Syeikh Al Imam Al Hafiz Abu Abdillah Muhammad Bin Isma`il Bin Ibrahim bin Al Mughirah Al Bukhari –rahimahullahu ta`ala aamiin- ;

كَيْفَ كَانَ بَدْءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَوْلُ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ

Bagaimana keadaan permulaan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?

Allah Jalla Zikruhu berkata ; “Sesungguhnya Kami wahyukan kepada engkau (wahai Muhammad) seperti mana yang Kami wahyukan kepada Nuh dan Nabi-Nabi selepasnya”

PENJELASAN

Wahyu adalah berita halus yang disampaikan oleh Allah kepada RasulNya. Ada sebahagian wahyu disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril atau ilham iaitu diilhamkan ke dalam hati ketika terjaga atau ketika tidur dalam mimpi.

Dan ini hanya khusus buat Nabi SAW

Disebut nama Nabi Nuh AS semata2 persamaan dgn Nabi Muhammad SAW dari segi Nabi yg di beri syariat atau ada qaum yg melampau melawan Nabi atau juga azab terhadap kaum itu kerana wahyu dari Nabi itu atau persamaan sebagai Rasul atau juga kerana Nabi Nuh juga di panggil Nabi Adam dua.

nota: adat albukhari bila tulis kitabnya biasa akan ada bismillah dan ayat2 alquran di dahulukan.

Penjelasan tentang Allah jalla zikruhu BERKATA:

Di sini isyarat dari albukhari bahawasa Allah adalah zat tuhan yang boleh berkata2..maksudnya menafikan Allah SWT bisu tidak berkata2 dan pendapatnya ini sesuai dgn zaman Nabi SAW, para sahabah, tabien dan pengikut2 mereka.

Habis di situ.

Hadis Bukhari 1

صحيح البخاري ١: حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ

قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Shahih Bukhari 1: Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi Abdullah bin Az Zubair dia berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufyan yang berkata, bahwa Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id Al Anshari berkata, telah memberitakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim At Taimi, bahwa dia pernah mendengar Alqamah bin Waqash Al Laitsi berkata; saya pernah mendengar Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguhnya hanyalah amal perbuatan itu (bergantung) dengan niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (bergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ia ingin dapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah (bergantung) kepada apa dia niatkannya”

PENJELASAN

  1. Maksud   إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ  Setiap amal badaniah berupa perkataan atau perbuatan bergantung dengan maksud hati. iaitu ikhlas semata2 Allah dalam melaksanakan ibadah. Niat dalam bahasa arab bermakna MAKSUD atau KEINGINAN HATI atau MATLAMAT dan ia hanya berlaku di dalam hati. Contoh belajar; ada orang belajar kerana hendak masyhur nama, dan ada kerana Allah. Maka iktibar belajarnya itu berdasarkan matlamatnya.
  2. Hijrah dari segi bahasa arab bermaksud berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain.
  3. Maksud   يُصِيبُهَا  ingin dapat hasilnya.

فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

bermaksud, dia akan dapat ganjaran perkerjaannya itu sesuai dengan matlamat duniawinya itu.Itu pun jika dia berjaya mendapatkannya.

Jika tidak maka tiada apa-apa buatnya. Manakala jika tujuan kerja inginkan akhirat, serta bersesuaian dengan syariat, maka dia takkan rugi sebarang usahanya itu. Walaupun dia tidak sempat memperolehinya.

Hadis ini tiada kaitan secara jelas dengan babnya. Hanya saja, hikmah dari hadis ini ingin agar dituluskan keikhlasan hanya kerana Allah dalam setiap amalan kerja. Terutama bagi pengajar dan pelajar dan sesiapa saja agar tuluskan keikhlasan serta betulkan tujuan. Setiap manusia seumpama muhajir yang berhijrah dari dunia ke hari akhirat. Sama ada ikhlas atau pun tidak,semua pasti ke sana mengadap Allah `Azza Wa Jalla.

Habis..

Masuk hadis ke dua

Hadis Bukhari 2

صحيح البخاري ٢: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا

Shahih Bukhari 2: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya dari Aisyah Ibu Kaum Mu’minin, bahwa Al Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana caranya wahyu turun kepada engkau?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Kadangkala datang kepadaku seperti suara gemerincing loceng dan cara ini yang paling berat buatku, lalu terhenti sehingga aku dapat mengerti apa yang disampaikan. Dan kadangkala datang Malaikat menyerupai seorang laki-laki lalu berbicara kepadaku maka aku ikuti apa yang diucapkannya”. Aisyah berkata: “Sungguh aku pernah melihat turunnya wahyu kepada Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari yang sangat dingin lalu terhenti, dan aku lihat dahi Beliau bercucuran keringat peluh.”

PENJELASAN

  1. Wahyu ialah titahan atau sabdaan Allah.
  2. Sifat wahyu ketika di turunkan: Keadaan Wahyu ketika disampaikan oleh malaikat seperti bunyi gemerincing loceng ketika ia bergetar. Keadaan sebegini amat berat dirasai oleh Rasululluh shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga Beliau bercucuran keringat peluh. Dan perkara sebegini hanya layak khusus buat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Para Anbiya` terpilih. Maka tidak layak manusia selain mereka berani mengaku menerima wahyu dari Allah.
  3. Maksud  فَيُفْصَمُ  terputus atau terhenti sejenak (wahyu).
  4. Maksud  وَعَيْتُ  lalu aku memahami dan dapat menghafal.
  5. Maksud  لَيَتَفَصَّدُ bercucuran dengan banyaknya di dahi. Asal perkataannya bermaksud, putus urat darah hingga keluar darah bercucuran. Kemudian digunakan perkataan ini bagi maksud banyak keluar keringat peluh di dahi.
  6. Malaikat di pilih oleh Allah dapat berupa menjadi seorang manusia lelaki. Dan dapat berkata-kata seperti manusia. Wahyu sebegini lebih ringan.

Kesimpulannya, Allah sebenarnya memberi anugerah khas buat Nabi dapat menerima titahan wahyuNya. Maka tak mungkin dan tak layak bagi manusia yg selepas Nabi SAW berani mengaku turut menerima wahyu ilahi.

Habis di sini.

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan